Saturday, 30 January 2016

kawan baru saya

Saya ada kawan baru nama dia Nurin , Diyana ,Najla, Busina
dan Aisyah.

Mereka  semua  baik dengan saya .
Yang paling rapat dengan saya Nurin.
Dia putih ,cantik dan sopan santun.
Dia pun pengawas macam saya, saya
suka dapat kawan baru.

Mereka kelas 3-Syirazi.Diyana sama
kelas hafazan dengan saya.Saya rapat
juga dengan dia, tapi dia sangat sensitif.
Jadi saya kawan biasa sahajalah.Nanti
takut dia menangis ataupun marah.

Busina kurang bercakap.Jadi tak
banyak masalah dengan dia.Najla
peramah dia suka cubit pipi Khayra .

Aisyah pun suka main dengan
Khayra jadi saya boleh buat kerja lain.

Friday, 29 January 2016

Dugaan bertimpa

Semalam ayah demam. Saya kasihan kepada ayah ,
sebab kalau ayah saya demam nanti takut berjangkit.

Saya akan doakan ayah saya cepat sembuh.
Saya harap , ayah cepat sembuh kembali
nanti boleh main sama -sama dengan ayah.

Petang tadi ayah pergi klinik.Ayah tak sihat lagi ,
tapi ayah dah boleh buat kerja.Saya harap ayah kuat
semangat untuk menempuh segala dugaan yang tiba.

Semua orang akan dapat penyakit Nabi Muhammad ,
pun ada penyakit saya harap semua orang boleh menempuh segala dugaan.
Saya akan doakan semua .

Tuesday, 26 January 2016

ibu hebat

Saya mempunyai seorang ibu . Dia bernama Kamariah binti Kamarudin.
Umur ibu saya 42 tahun.Ibu saya berkerja sebagai Pensyarah.Saya amat kagum
  pada kehebatan ibu saya kerana dia boleh selesaikan masalah hidup dengan sendiri tanpa
pembantu rumah.


Setiap pagi ibu saya akan masakan
untuk saya.Saya amat kasihan kepada
ibu kerana ibu selalu  berkata ,setiap pagi
ibu akan bangun pukul empat pagi atau pukul
lima.Sebab ibu nak masak beritahu ibu dengan lembut.


Tuesday, 19 January 2016

Satu amanah yang berat

Berdebar - debar hatiku untuk menunggu namaku
di umumkan , untuk menjadi pengawas sekolah.


Hari yangku tunggukan pun sudah  tiba  akhir nya .

Tanpa pengetahuanku minggu lepas  selasa,
 Muallimah Hafiza, guru dispilinku
 menyebutkan namaku dengan tenang.
Dan saya turun dengan perlahan- lahan
ke dewan.

Dan saya pun  duduk di situ 
bersama - sama
kawan- kawan saya yang lain.

Saya rasa sangat  gementar dan berdebar- debar.
Selepas berapa minit Muallimah Hafiza pun  mula
bersuara, Taniah kepada semua pelajar yang dilantik
menjadi pengawas sekolah 2016. Saya rasa sangat  bersyukur.

Allhamdulilah......

  
Insya - Allah saya akan jadi
pengawas yang tabah dan baik.
Saya juga berazam untuk menjadi anak yang solehah.


Dan saya akan ingat perintah
Allah.