Saturday, 21 May 2016

Kem di Diez, Height

Berapa  minggu yang lepas saya dan pengawas lain  ke kem. Kem tersebut diadakan  di  Deiz  Height.Kami sangat  seronok berada di  sana.Setiap waktu, kami solat berjemaah  bersama-sama.Saya  mendapat  bilik nombor  empat. Bilik  itu  besar, dan  mempunyai  dua bilik air. Kadangkala,  kami  bergaduh  kerana mahu memasuki  bilik air. Pada  malam  sabtu kami  dikehendaki duduk di dalam  dewan kerana ada  taklikmat.Kami  diberitahu  tidak  boleh  membawa  barang  yang berharga,  kalau  membawanya  akan dirampas. Kami  juga  diberitahu perlu memanggil  Muallim  dan  Muallimah dengan  panggilan  [Tuan]. Kami terkejut kerana dikehendaki  memanggil dengan  pangggilan  begitu.

Kami  hanya  akur  dengan  panggilan  begitu,  kami  tidak  mahu  membantah  kerana   takut   dimarahi.Selepas  selesai  taklimat, kami  bermain,  kemudian  kami  dibahagikan  kumpulan. Setiap kumpulan  mendapat  duit palsu  sebanyak  50 ringgit,  di dalam  satu  plastik. Barang  itu  dikatakan 
 barang  amanah, kalau  hilang  ataupun  tercicir,  kami dikehendaki  memberi  duit  itu  sebanyak  mana  yang diminta. Kemudian,  kami diberi  dua  helai  kain  putih, dua gunting, cat dan berus. Kami perlu membuat  bendera  kumpulan  dan pengikat kepala. Pada  hari  sabtu  pagi,  Muallimah  Qalbi  memberi  sedikit  taskirah  dan  kata  semangat. Kemudian,  kami  bersarapan. Selepas  selesai  makan, kami  perlu  memakai  baju  sukan  kerana  ada  aktiviti. Kami sangat seronok dapat mengikuti kem tersebut kerana memperoleh banyak pengalaman yang amat berharga.