Tuesday, 22 March 2016

Hari lahir ibu dan saya

Esok  hari   lahir  ibu  dan  saya,  23 Mac.Saya  sangat  gembira  dapat  menyambut  hari  lahir  yang  sama.
Itulah  keajaiban  yang  saya  dapat.Gembira  tak  terkata,  dapat  menyambut  hari  lahir  yang  sama  bersama  ibu yang  tersayang.Jarang  dapat  pada  orang  lain.Ya  Allah  terima  kasih  atas  segalanya,  tak
terkata  bahagianya.Esok  hari  yang  paling  berharga  kerana,  esok  adalah  hari  lahirku.Esok  saya  genap  9  tahun.Ibu  pula  43  tahun.Hadiah  yang  saya  boleh  bagi  kepada  ibu  adalah  satu  ciuman  dan 
pelukkan.Saya  tahu  ramai  yang  kehilangan  ibu  tetapi  apa  yang  kita  perlu  buat  Redha  kepada  takdir
Allah.Kerana  ibu,  ayah  adik-beradik,  kawan  dan  guru  adalah  pinjaman  oleh  Allah.Allah  boleh buat
apa-apa  sahaja, kita  boleh  buat  apa.Allah  matikan  kita,  Allah  hidupkan kita,  Allah  boleh  buat  apa  
sahaja  dengan  sekelip  mata  sahaja.Makin  kita  dekat  dengan  Allah  makin  banyak  ujian.Sayangilah ibu
masing-masing  kerana ibu  adalah  segalanya.Tanpa  ibu  kita  tak  akan  dapat   menjaga  diri  sendiri.Kerana  ibu   sangat  berharga  dari  segalanya.Sesiapa  pun  tidak  boleh  menggatinkan  tempat  ibu
kerana  ibu  lain  dari  yang  lain.Dia  sanggup  bertarung  nyawa  untuk  melahirkan  kita  ke  dunia  ini.Jadi
sayangilah  ibu  jangan  derharka  kepadanya.
 
   

Monday, 21 March 2016

Baru belajar menam pokok Cactus


Semalam  kami  sekeluarga  ke  kedai  bunga.
'Di  situ  terdapat  banyak  jenis  bunga,  ia  itu
bunga  Anggerik,  Mawar,  pokok  Cactus,
bunga  matahari  dan  lain-lain.Ibu  saya
mahu  membeli  bunga  Aggerik  kerana  dia
sangat  menyukai  bunga Anggerik.Ibu  saya
sudah  ada  koleksi  bunga  Anggerik  tetapi 
mahu menambahkan  lagi  koleksinya.Kami 
mempunyai  rumah  Anggerik  di  belakang
rumah.Di  belakang  rumah  kami  banyak
bunga  Anggerik.Saya  meminta ibu  saya
untuk membelikan  saya  pokok  Cactus.
Pokok  Cactus  itu  tidak  berduri.Saya  berjanji
  pada  ibu   saya  akan  menjaga  pokok  Cactus
itu  dengan  baik  dan  sempurna.Saya  berharap
dapat  mempelajari  ilmu  baru  daripada  pokok
Cactus  itu.

Friday, 18 March 2016

Ke Zoo Negara

Semalam  saya  dan keluarga  pergi  ke Zoo   Negara.Di  situ  terdapat ramai  orang   yang
mengunjungi  ke Zoo  Negara.Macam -  macam  orang,  di  sana  india, cina dan pelbagai  lagi
bangsa.Zoo Negara  sangat  luas dan  besar.Sebelum  masuk ke  Zoo,  kami sekeluarga
tangkap gambar  di  tempat yang  disediakan.Kemudian kami ke tempat  rama-rama.Di  situ
terdapat  banyak  jenis rama- rama. Rama-rama  itu  makan  pisang  dan nanas.Sungguh banyak  warna hitam, putih,  kuning, jingga, merah  jambu  dan biru. Di  situ  juga  terdapat bunga-bunga dan  Serangga.
Selepas  selesai  melihat  Rama-rama  dan serangga,  kami  mengunjungi  pula  tempat  Zirafah.Di
situ  terdapat  dua  ekor  Zirafah.Zirafah  itu  sangat tinggi.


kemudian, kami  melihat  seekor  tapir kecil.Warnanya  hitam  dan  putih.Kemudian  kami  melihat  Umu  dan  Wallaby.Wallaby  itu  adalah
Kangroo.Kemudian  kami  ke  tempat  Burung.Ada
macam-macam  jenis  Burung.Flamingo,  burung
kakak  tua,  dan  macam-macam lagi.Setelah
penat  berjalan kami pun menaiki  Tram.Kemudian
kami  melihat  Harimau putih.Umur  Harimau  itu  12
tahun.Harimau  putih  itu  pandai berenang.Harimau
putih  itu  sangat  besar.Kemudian  kami
melihat  gajah.Belalai  gajah  itu  sangat  panjang,
badannya  pula  sangat  besar.Saya, ibu  dan
adik saya  Khayra  berpecah tiga.Kerana  adik  saya  Muhammad  dan  ayah  saya  sudah  penat
berjalan jadi  mereka  menyuruh  saya  dan yang  lain   sahaja  pergi  melihat  haiwan  yang  lain.Kemudian kami  melihat  Memerang,  Tikus,  Rusa  jawa,dan anak  rusa.Kami  juga  melihat  kura-kura.Kura-kura  itu  kura-kura  kedua  terbesar  di  dunia.Saya  juga  melihat  Pelanduk  raya  dan  Selandang  India.Kami  juga  melihat  pertunjukan  haiwan.Burung  kakak  tua  itu  membuat  pertunjukan.Saya  sangat  gembira  dapat  melihat  pertunjukan  itu.Saya  juga  melihat  burung
enggang  papan, enggang  berkedut,   dan enggang  badak.Saya  juga  melihat  Siamang  dan  Monyet  hitam
putih.Setelah  penat  melihat  haiwan di  Zoo  Negara,  kami  pun  pergi  ke  kedai  minuman.Saya  harap  dapat  datang  lagi  ke  Zoo  Negara.