Berapa minggu yang lepas saya dan pengawas lain ke kem. Kem tersebut diadakan di Deiz Height.Kami sangat seronok berada di sana.Setiap waktu, kami solat berjemaah bersama-sama.Saya mendapat bilik nombor empat. Bilik itu besar, dan mempunyai dua bilik air. Kadangkala, kami bergaduh kerana mahu memasuki bilik air. Pada malam sabtu kami dikehendaki duduk di dalam dewan kerana ada taklikmat.Kami diberitahu tidak boleh membawa barang yang berharga, kalau membawanya akan dirampas. Kami juga diberitahu perlu memanggil Muallim dan Muallimah dengan panggilan [Tuan]. Kami terkejut kerana dikehendaki memanggil dengan pangggilan begitu.
Kami hanya akur dengan panggilan begitu, kami tidak mahu membantah kerana takut dimarahi.Selepas selesai taklimat, kami bermain, kemudian kami dibahagikan kumpulan. Setiap kumpulan mendapat duit palsu sebanyak 50 ringgit, di dalam satu plastik. Barang itu dikatakan
barang amanah, kalau hilang ataupun tercicir, kami dikehendaki memberi duit itu sebanyak mana yang diminta. Kemudian, kami diberi dua helai kain putih, dua gunting, cat dan berus. Kami perlu membuat bendera kumpulan dan pengikat kepala. Pada hari sabtu pagi, Muallimah Qalbi memberi sedikit taskirah dan kata semangat. Kemudian, kami bersarapan. Selepas selesai makan, kami perlu memakai baju sukan kerana ada aktiviti. Kami sangat seronok dapat mengikuti kem tersebut kerana memperoleh banyak pengalaman yang amat berharga.












