Thursday, 3 April 2014

rengekan anakanda

"ibu, ayong nak tulis di blog macam ibu", rengek Zahra Kamila anakanda sulung. saya diam. masih berfikir. sehari selepas itu, masih rengekan yang sama. ternyata anakanda sulung saya persis ibunya. suka menulis. suka mencatat. suka menuangkan segala pengalaman yang dilalui dalam penulisan. Rabb.
 
ternyata ini yang saya mahu. saya mahu salah seorang anak menjejaki seni penulisan saya. sementelah Kamila anak sulung. sejak kecil memang saya sering membawanya ke acara masjlis sastera di merata tempat. sehingga pada acara seminar sastera atau apa sahaja. hatta ke luar negara juga. Allah.
 
dan dia sejak tahu membaca dan menulis, gemar sangat mencatat. habis buku nota saya diambilnya untuk menulis. dan kali ini apabila dia memberitahu dia membaca blog saya, dan mahu diwujudkan blog untuknya, saya hilang kata-kata.
 
anakandaku, ini blog untukmu. manfaatkannya sebaik mungkin. moga segala hasratmu untuk turut menulis seperti ibu akan tercapai. salam kasih sayang buat dirimu yang tercinta!

No comments:

Post a Comment