Masa sungguh pantas berlalu, Kini, Zahra Khayra adik saya yang kedua akan ke sekolah barunya, SRITI. Angah tidak sabar mahu ke sekolah baru mesti seronok ada ramai kawan- kawan baru. Saya harap nanti di alam persekolahannya Khayra akan gembira kerana akan dapat belajar benda baharu.
Bila sudah dewasa nanti Khayra bercita- cita untuk menjadi guru tadika. Saya doakan Khayra berjaya mencapai cita-citanya amin.
Khayra sudah mengemas beg sekolahya kerana ada 22 hari lagi untuk ke sekolahnya. Khayra sudah bersiap sedia dengan alat tulisnya pensel,warna, kasut sekolah barunya dan stokin. Angah terlalu tidak sabar untuk ke alam persekolahannya. Saya pun tidak sabar untuk berjumpa kembali dengan kawan-kawan lama saya yang paling saya rindu kawan karib saya Qistina dan Awatif. Selepas ini saya harap Khayra semakin berdikari dan tabah. Mungkin selepas Khayra bersekolah Khayra akan lancar membaca dan boleh menulis dengan lebih cantik dan kemas.

No comments:
Post a Comment