Friday, 18 March 2016

Ke Zoo Negara

Semalam  saya  dan keluarga  pergi  ke Zoo   Negara.Di  situ  terdapat ramai  orang   yang
mengunjungi  ke Zoo  Negara.Macam -  macam  orang,  di  sana  india, cina dan pelbagai  lagi
bangsa.Zoo Negara  sangat  luas dan  besar.Sebelum  masuk ke  Zoo,  kami sekeluarga
tangkap gambar  di  tempat yang  disediakan.Kemudian kami ke tempat  rama-rama.Di  situ
terdapat  banyak  jenis rama- rama. Rama-rama  itu  makan  pisang  dan nanas.Sungguh banyak  warna hitam, putih,  kuning, jingga, merah  jambu  dan biru. Di  situ  juga  terdapat bunga-bunga dan  Serangga.
Selepas  selesai  melihat  Rama-rama  dan serangga,  kami  mengunjungi  pula  tempat  Zirafah.Di
situ  terdapat  dua  ekor  Zirafah.Zirafah  itu  sangat tinggi.


kemudian, kami  melihat  seekor  tapir kecil.Warnanya  hitam  dan  putih.Kemudian  kami  melihat  Umu  dan  Wallaby.Wallaby  itu  adalah
Kangroo.Kemudian  kami  ke  tempat  Burung.Ada
macam-macam  jenis  Burung.Flamingo,  burung
kakak  tua,  dan  macam-macam lagi.Setelah
penat  berjalan kami pun menaiki  Tram.Kemudian
kami  melihat  Harimau putih.Umur  Harimau  itu  12
tahun.Harimau  putih  itu  pandai berenang.Harimau
putih  itu  sangat  besar.Kemudian  kami
melihat  gajah.Belalai  gajah  itu  sangat  panjang,
badannya  pula  sangat  besar.Saya, ibu  dan
adik saya  Khayra  berpecah tiga.Kerana  adik  saya  Muhammad  dan  ayah  saya  sudah  penat
berjalan jadi  mereka  menyuruh  saya  dan yang  lain   sahaja  pergi  melihat  haiwan  yang  lain.Kemudian kami  melihat  Memerang,  Tikus,  Rusa  jawa,dan anak  rusa.Kami  juga  melihat  kura-kura.Kura-kura  itu  kura-kura  kedua  terbesar  di  dunia.Saya  juga  melihat  Pelanduk  raya  dan  Selandang  India.Kami  juga  melihat  pertunjukan  haiwan.Burung  kakak  tua  itu  membuat  pertunjukan.Saya  sangat  gembira  dapat  melihat  pertunjukan  itu.Saya  juga  melihat  burung
enggang  papan, enggang  berkedut,   dan enggang  badak.Saya  juga  melihat  Siamang  dan  Monyet  hitam
putih.Setelah  penat  melihat  haiwan di  Zoo  Negara,  kami  pun  pergi  ke  kedai  minuman.Saya  harap  dapat  datang  lagi  ke  Zoo  Negara.




No comments:

Post a Comment