Tuesday, 22 March 2016

Hari lahir ibu dan saya

Esok  hari   lahir  ibu  dan  saya,  23 Mac.Saya  sangat  gembira  dapat  menyambut  hari  lahir  yang  sama.
Itulah  keajaiban  yang  saya  dapat.Gembira  tak  terkata,  dapat  menyambut  hari  lahir  yang  sama  bersama  ibu yang  tersayang.Jarang  dapat  pada  orang  lain.Ya  Allah  terima  kasih  atas  segalanya,  tak
terkata  bahagianya.Esok  hari  yang  paling  berharga  kerana,  esok  adalah  hari  lahirku.Esok  saya  genap  9  tahun.Ibu  pula  43  tahun.Hadiah  yang  saya  boleh  bagi  kepada  ibu  adalah  satu  ciuman  dan 
pelukkan.Saya  tahu  ramai  yang  kehilangan  ibu  tetapi  apa  yang  kita  perlu  buat  Redha  kepada  takdir
Allah.Kerana  ibu,  ayah  adik-beradik,  kawan  dan  guru  adalah  pinjaman  oleh  Allah.Allah  boleh buat
apa-apa  sahaja, kita  boleh  buat  apa.Allah  matikan  kita,  Allah  hidupkan kita,  Allah  boleh  buat  apa  
sahaja  dengan  sekelip  mata  sahaja.Makin  kita  dekat  dengan  Allah  makin  banyak  ujian.Sayangilah ibu
masing-masing  kerana ibu  adalah  segalanya.Tanpa  ibu  kita  tak  akan  dapat   menjaga  diri  sendiri.Kerana  ibu   sangat  berharga  dari  segalanya.Sesiapa  pun  tidak  boleh  menggatinkan  tempat  ibu
kerana  ibu  lain  dari  yang  lain.Dia  sanggup  bertarung  nyawa  untuk  melahirkan  kita  ke  dunia  ini.Jadi
sayangilah  ibu  jangan  derharka  kepadanya.
 
   

No comments:

Post a Comment